Muzium dan galeri seni, Universiti Sains
Penubuhan sebuah muzium dan galeri seni ini telah disuarakan oleh mantan Naib Canselor universiti sains
Pada awal penubuhannya, jawatankuasa ini berperanan untuk memperolehi dan mempamerkan hasil-hasil seni budaya Universiti Sains
Mesyuarat ke 2 jawatan kuasa muzium dan galeri seni pada julai 1972 telah menyuarakan perlantikan curator terhormat untuk menyelaraskan dasar dan falsafah penubuhan muzium dan galeri seni serta mendapatkan perolehan baru. Beberapa nama telah dicadangkan dan akhirnya En T.K Sabapathy telah dilantik sebagai curator pertama untuk muzium dan galeri seni USM berkuatkuasa pada 1 Julai 1973. Peranan beliau ialah merangka dasar perolehan koleksi dan mengenalpasti koleksi seni yang mempunyai nilai sejarah pada masa hadapan. Kejayaan utama pada saat penubuhan muzium dan galeri seni ialah kejayaan mendapat hasil koleksi seni halus yang dibeli daripada koleksi seni Frank Sullivan iaitu bekas setiausaha politik Perdana Menteri
Tahun 1980 dan 1981 merupakan tahun paling penting merealisasikan penubuhan muzium dan galeri seni halus USM. Perpindahan perpustakaan USM pada tahun 1979 ke bangunan baru telah mempercepatkan proses penubuhan muzium dan galeri seni. Ahli jawatan kuasa muzium dan galeri seni telah dilantik peranan dan fungsi nya telah dimaknakan dan persediaan penubuhan muzium dan galeri seni juga direalisasikan dibangunan B01 seperti yang dirancangkan, pada tahun 1981 USM merasakan muzium dan galeri seni sepatutnya berfungsi sendiri sebagai satu jawatan kuasa yang terpisah daripada pentadbiran perpustakaan, hasrat ini telah diperolehi oleh senat universiti, hingga kini muzium dan galeri seni USM merupakan unit sokongan dengan pentadbiran sendiri di bawah jabatan canselori.
Tahun 1981 juga jawatan curator mula ditawarkan kepada En Wan Zakaria bin Wan Ismail. Beliau dipertanggungjawabkan menghasilkan konsep dan reka bentuk pameran tetap daripada pelbagai koleksi yang ada dengan tumpuan di tingkat bawah muzium. Beliau di bantu oleh beberapa orang staf iaitu seorang pembantu museum dan galeri seni dan juga pembantu am rendah. Pada tahun yang sama juga muzium dan galeri seni telah siap diubah suai pada bulan april 1981. Semua koleksi yang ada dipindahkan ke bangunan tetapnya iaitu dibangunan B01 untuk penyusunan dan dipamerkan. Kerja-kerja penyusunan dan reka bentuk pameran direka rapi dengan mengambil masa yang singkat menjelang julai 1981 muzium dan galeri seni dibuka untuk orang ramai. Sepanjang penglibatan curator sebagai setiausaha muzium dan galeri seni beliau bertugas dengan cemerlang untuk meningkatkan muzium dan galeri seni dari tahun 1981 hingga 2000. Pelbagai aktiviti dijalankan khususnya dalam bidang permuziuman dengan mengadakan kursus diperingkat sijil pemuziuman.
Pada tahun yang sama ahli jawatan kuasa muzium dan galeri dibentuk untuk menyelengarakan majlis perasmian. Majlis perasmian ini dipengerusikan oleh Profesor Sharom Ahmat yang juga pengerusi muzium dan galeri seni pad masa itu. Majlis perasmian telah ditetapkan pada 21.Januari 1982 dan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato Sulaiman Daud, Menteri Pelajaran Malaysia Tun Haji Hamdan bin Sheikh Tahir merupakan Naib Canselor pada masa itu mempercepatkan lagi proses penubuhana muzium dan galeri seni USM.
Selain En.Wan Zakaria bin Wan Ismail, nama-nama seperti Allayarham En.Ayob Ismail,En Rosli Jamaludin, En.Adnan Mat dan En.Zolkarnain Hassan pernah menerajui muzium dan galeri seni sebagai keseinambungan kepada kecemerlangan dan statusnya sebagai muzium pendidikan terunggul di Malaysia. Kini pengurusan baru diterajui oleh En.Hasnul Jamal Saidon akan meneruskan kesinambungan kecemerlangan sebagai muzium dan galeri seni yang menggabungkan 2 bidang utama iaitu seni budaya dan sains di bawah satu bumbung.
1 comment:
Salam dan tahniah kepada saudara berdua (Mohd. Nazri dan Mohd Roslan)kerana berjaya menyediakan blog untuk Muzium & Galeri Tuanku Fauziah.
Saya berpendapat blog ini akan lebih menarik sekiranya dimasukkan gambar tokoh yang ditemu bual dan beberapa salinan dokumen untuk menggukuhkan maklumat, idea, hujah& rasional. Tahniah dan selamat menjadi Sejarawan yang Berketrampilan!
Post a Comment