Sunday, August 31, 2008

Latar Belakang Muzium & Galeri Tuanku Fauziah

Muzium dan galeri seni, Universiti Sains Malaysia yang terletak di bangunan B01 Universiti Sains Malaysia. Bangunan ini di percayai telah dibina sekitar tahun 1930 an dan dijumpai dan digunakan pada tahun 1938. Pada awalnya bangunan ini pada awalnya adalah mess pegawai tentera british di tingkat bawah. Dan ditingkat atas di gunakan sebagai hospital untuk kegunaan ketenteraan. Apabila berek tentera menden ini diserahkan kepada university sains Malaysia pada tahun 1971 ia merupakan di antara bangunan terawal unviersti sains Malaysia. Bangunan ini diubahsuai dan dijadikan sebgai perpustakaan pertama Universiti Sains Malaysia. Perpustakaan ini beroperasi di bangunan ini sehingga 1979. Selepas itu perpustakaan ini dipindahkan ke bangunan baru iaitu perpustakaan hamzah sendut sekarang iaitu bangunan tetapnya sekarang. Bangunan B01 ini sekali lagi diubahsuaikan untuk dijadikan muzium dan galeri seni pada tahun 1981.

Penubuhan sebuah muzium dan galeri seni ini telah disuarakan oleh mantan Naib Canselor universiti sains Malaysia yang pertama iaitu Tan Sri Hamzah Sendut. Apabila tertubuhnya Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan pada tahun 1971 dan rancangan seni halus pada tahun 1972, semenjak itu pengumpulan karya seni halus,koleksi berkaitan seni dan budaya mula dilakukan di bawah jawatan kuasa beritndak yang dipengerusikan sendiri oleh Tan Sri Hamzah Sendut. Mesyuarat jawatankuasa bertindak yang bersidang pada 12 november 1971 telah mencadangkan jawatankuasa seni halus pusat pengajian ilmu kemanusiaan ditukarkan nama kepada jawatan kuasa muzium dan galeri seni. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh En.Lim Huck Tee atas restu Naib Canselor. Ahli jawatan kuasa lain terdiri daripada Profesor K.J Ratnam,Profesor Robert Van Nell,En Paul Chang,En T.K Sabapathy dan lain-lain. Keanggotaan ahli jawatan kuasa muzium dan galeri seni selih berganti sehingga masa kini.

Pada awal penubuhannya, jawatankuasa ini berperanan untuk memperolehi dan mempamerkan hasil-hasil seni budaya Universiti Sains Malaysia,menganjurkan pameran,mempertingkatkan program akademik university dan komuniti. Perolehan koleksi-koleksi kesenian dan kebudayaan seperti dari negeri Sarawak dan koleksi seni halus mula dikumpulkan melalui beberapa punca perolehan seperti pembelian dari orang perseorangan dan organisasi,pinjaman dan juga sumbangan.

Mesyuarat ke 2 jawatan kuasa muzium dan galeri seni pada julai 1972 telah menyuarakan perlantikan curator terhormat untuk menyelaraskan dasar dan falsafah penubuhan muzium dan galeri seni serta mendapatkan perolehan baru. Beberapa nama telah dicadangkan dan akhirnya En T.K Sabapathy telah dilantik sebagai curator pertama untuk muzium dan galeri seni USM berkuatkuasa pada 1 Julai 1973. Peranan beliau ialah merangka dasar perolehan koleksi dan mengenalpasti koleksi seni yang mempunyai nilai sejarah pada masa hadapan. Kejayaan utama pada saat penubuhan muzium dan galeri seni ialah kejayaan mendapat hasil koleksi seni halus yang dibeli daripada koleksi seni Frank Sullivan iaitu bekas setiausaha politik Perdana Menteri Malaysia pertama iaitu Tuanku Abdul Rahman. Sejumlah karya 77 seni halus yang telah terpilih dibeli pada harga RM 19350.00, koleksi ini merupakan karya terpilih daripada 27 orang pelukis tempatan seperti Dzulkifli buyong,Syed Ahmad Jamal,Ismail Mustam,Mohamad Hussein Enas,Chua Theng Theng,Chew Heng Ben dan lain-lain lagi. Kini karya tersebut amat bernilai dari segi sejarah seni moden Malaysia yang boleh di kaji dan diselidiki. Perolehan koleksi seni dan budaya ini telah dibantu oleh beberapa tenaga pengajar selain En. T,K Sabapathy, nama-nama awal dalam jawatankuasa muzium dan galeri seni ini seperti Profesor K.J Ratnam, Profesor Bundict Van Neill,En na Ogly,Profesor Madya Dr.Chew Teng Beng,En Robert Crook,Dr.Zakaria Ali,Profesor Zuraine Majid dan lain-lain tenaga pengajar dari pusat pengajian ilmu kemanusiaan,pusat pengajian sains kemasyarakatan dan pusat pengajian perumahana Bandar dan perancangan telah berusaha mencadangkan dan memperolehi koleksi-koleksi berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran untuk USM.

Tahun 1980 dan 1981 merupakan tahun paling penting merealisasikan penubuhan muzium dan galeri seni halus USM. Perpindahan perpustakaan USM pada tahun 1979 ke bangunan baru telah mempercepatkan proses penubuhan muzium dan galeri seni. Ahli jawatan kuasa muzium dan galeri seni telah dilantik peranan dan fungsi nya telah dimaknakan dan persediaan penubuhan muzium dan galeri seni juga direalisasikan dibangunan B01 seperti yang dirancangkan, pada tahun 1981 USM merasakan muzium dan galeri seni sepatutnya berfungsi sendiri sebagai satu jawatan kuasa yang terpisah daripada pentadbiran perpustakaan, hasrat ini telah diperolehi oleh senat universiti, hingga kini muzium dan galeri seni USM merupakan unit sokongan dengan pentadbiran sendiri di bawah jabatan canselori.

Tahun 1981 juga jawatan curator mula ditawarkan kepada En Wan Zakaria bin Wan Ismail. Beliau dipertanggungjawabkan menghasilkan konsep dan reka bentuk pameran tetap daripada pelbagai koleksi yang ada dengan tumpuan di tingkat bawah muzium. Beliau di bantu oleh beberapa orang staf iaitu seorang pembantu museum dan galeri seni dan juga pembantu am rendah. Pada tahun yang sama juga muzium dan galeri seni telah siap diubah suai pada bulan april 1981. Semua koleksi yang ada dipindahkan ke bangunan tetapnya iaitu dibangunan B01 untuk penyusunan dan dipamerkan. Kerja-kerja penyusunan dan reka bentuk pameran direka rapi dengan mengambil masa yang singkat menjelang julai 1981 muzium dan galeri seni dibuka untuk orang ramai. Sepanjang penglibatan curator sebagai setiausaha muzium dan galeri seni beliau bertugas dengan cemerlang untuk meningkatkan muzium dan galeri seni dari tahun 1981 hingga 2000. Pelbagai aktiviti dijalankan khususnya dalam bidang permuziuman dengan mengadakan kursus diperingkat sijil pemuziuman.

Pada tahun yang sama ahli jawatan kuasa muzium dan galeri dibentuk untuk menyelengarakan majlis perasmian. Majlis perasmian ini dipengerusikan oleh Profesor Sharom Ahmat yang juga pengerusi muzium dan galeri seni pad masa itu. Majlis perasmian telah ditetapkan pada 21.Januari 1982 dan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato Sulaiman Daud, Menteri Pelajaran Malaysia Tun Haji Hamdan bin Sheikh Tahir merupakan Naib Canselor pada masa itu mempercepatkan lagi proses penubuhana muzium dan galeri seni USM.

Selain En.Wan Zakaria bin Wan Ismail, nama-nama seperti Allayarham En.Ayob Ismail,En Rosli Jamaludin, En.Adnan Mat dan En.Zolkarnain Hassan pernah menerajui muzium dan galeri seni sebagai keseinambungan kepada kecemerlangan dan statusnya sebagai muzium pendidikan terunggul di Malaysia. Kini pengurusan baru diterajui oleh En.Hasnul Jamal Saidon akan meneruskan kesinambungan kecemerlangan sebagai muzium dan galeri seni yang menggabungkan 2 bidang utama iaitu seni budaya dan sains di bawah satu bumbung.